Sunday, December 15, 2013

~~RYOJI ~~

ryoji stand for mohd akmal hakim bin adnan aka MAHA...  bilamana akhir sem tiba mesti fikiran akan terngiang-ngiang dekat arwah..mungkin sebab sebelum-sebelum kalau terrific time datang dia laa yang banyak bagi semangat... kalau ayat motivation tu xpyah cakap laa..mmg banyak.. tengah-tengah serabut akan call dia..lepas tue akan sembang merapu then akan datang semangat nak study or buat assignment balik.. xtau la dia pakai ayat apa yang boleh dapat semangat macam tue.. 
berbalik cakap pasal ayat.. ada dia send ayat quran yang dia baca untuk eden... ayat untuk menenangkan hati seorang perempuan kata arwah.. yup.. walaupun dah dekat 2 thn lebih dia pergi untuk selamanya kenangan pesanan dan lirik katanya xpernah or xmudah nak lupa... penangan seorang kawan yang sentiasa kala senang atau susah.. mungkin perkenalan itu terhenti disitu.. kami bertemu pada bulan ramadhan dan berakhir juga pada bulan ramadhan.. 
hubungan aku bukan terhenti disitu,, mungkin jodohku bukan denganmu akmal hakim tapi jodoh aku dengan family mu ada lebih kuat dan lebih kukuh antara hubungan kita berdua...
time kenal arwah tak pernak sekali jejak ke rumah dia... tetapi arwah selalu jenguk keluarga saya..that means my parents know about my relationship with him.. then selepas arwah dah xdak baru laa saya jejakkan kaki ziarah family dia...sebab tak elok atau tak manis... orang yang terakhir berjumpa dengan arwah tak berjumpa dengan family dia cerita apa yang terjadi malam kejadian.. time hari arwah dikebumikan aku just alami hari mcm biasa bgn pagi just cek wall arwah then nampak mmber dia post ucap takziah..time tue apa kau rasa..oren.. aku ingat kawan-kawan just main2..jela aku baru jumpa dia last night bukak puasa sekali..the first and the last bukak puasa sekali... aku tak puas hati then call ibu dia.. nasib baik ada no ibu dalam phone.. bla3.. baru percaya then mak waktu tu sangat terkejut.. sebab aku dah macam histeria..what u fell that man u want to married gone for forever..!!! yup u lost ur partner for forever n u cant see him again.. mak time dah tak tahu nak buat apa..nasib baik time tue ada ayah..tahan nangis..tapi tgk mukam ayah terus nangis dekat ayah..sangat2 rasa terkilan sebab malam tue mak n ayah nak sangat jumpa arwah tapi x kesampaian.. sebab kami balik agak lewat....kak sulung aku pon yang kerja dekat penang sanggup balik n left from her office with blotted face..menangis sambil bawak kereta dari penang ke kedah...dah anggap arwah tue macam adik dia.... abang ipar aku yang time tue tunang kak aku pon sanggp balik sebab nak tengok arwah... kami baru rancang nak jadi pengapit untuk kenduri along time tue tinggal xsampai sebluan nak kenduri..itu penangan pemergian arwah selepas dia pergi... 
then selepas selesai pengebumian arwah... aku dah x sanggup nak hadap mak ayah dengan muka menangis hari2..t along plak tanya nak ikut x tinggal dengan dia dekat penang...pucuk dicipta ulam mendatang... takut mak ayah risau dengan keadaan aku yang sangat horrible time tue aku ikut along dok kat penang... sampai ja sana along masok office kau just terperap dekat rumah...dok umah along...pagi petang siang malam mak akan kol tanya dok buat apa n akan pesan jangan dok buat kerja gila.. ahahaha... seminggu permegian arwah memang sangat x tentu arwah tengok phone n siap cakap kenapa kau x balas mesej aku....aku mmg sentiasa sent msj dekat arwah siap call lagi.. tapi aku tahu dia takkan balas... mimpi x payah cakap selalu..dalm sebulan awal tue..sangat kerap mimpi dia... cuma sekarang nie kalau aku mimpi dia aku mmg betul ingat and rindu dekat dia laa tue.. ryoji i just want to know that u are my bff n best motivator ever.. mucho gracias for everything what we have done gether.. 
luv from sketsavouchelle... 

Thursday, October 24, 2013

<< holiday make ur day feel better >>

indah perjalanan luas permandangan... ayat yang cliche atau perpatah yang sering diluah segelintir masyarakat.. amboi ayat... LOL.. 


thats my point untuk update blog untuk sekian kali... banyak benda yang nak berceloteh... tapi biar kan gambar yang berbicara dengan sendirinya.. daripada gambar sesiapapun boleh mentafsirnya... daripada gambar terbit sejuta memori..daripada gambar kenangan boleh tercipta... daripada gambar kita boleh membuat insan sekeliling tersenyum lebar..mungkin juga kesedihan

.. tatkala orang lain sibuk dengan kerja masing-masing.. kami bertigam membuat keputusan.. exactly dah lama plan... tapi ajak yang betul2 nak pergi saja.. so decide dib, ain non ngn madihah holiday dekat langkawi 2 hari satu malam.. naik feri dari kuala kedah.. then check in dekat homestay syamim...cant remember what thats place called... thanx a lot bro pick up kami dekat jeti langkawi.. cc izzuddin izzat.. benda kalau xrancang yang tu paling syok.... dapat tmpat tido free..kereta untuk ronggeng langkawi pon free.. rezeki sama2 dikongsi.. ye dak!! p langkawi selang satu jam mesti wajib makan... laksa sapu cendol sapu..pasembor la nasi laa..macam2..we called niceee... 


tapi yang paling trajis umur dah nak masuk 23 baru sekarang dapat jejak langkawi..nampak sangat bukan anak jati kedah... at least jejak jugak kan... boleh dikatakan this was awesome sbab boleh dikatakan semua tempat pelancongan dekat langkawi kami terjah..thanx for our tourist guide cc pak din , syamim dan juga husinn.. husin bawak mini copper dohh.. semart bohh!!! paling byk2 tempat tanjung aru superb cantik.. sesapa yang nak shoot pic cantik bole la kesana... dijamin cantik aih... sudah2 la berceloteh... so, nice picture from us.. 


 ~~ pantai chenang ~~


~~ cable car ~~


~~ pasir hitam ~~


~~ on my way FERRY lorh ~~


~~ sampai sudeyy ~~


~~ tanjung aru meh ~~


~~ tanjung aru lelagi !! ~~


~~ woot woot gayat mehh !! ~~


~~ walking until the end ~~


~~ padang mat sirat ~~


Monday, August 12, 2013

kenangan baru

setelah berhempas raya untuk 2013... dan setelah hampir beberapa bulan tak ngadap blog nie..tiba-tiba malam ni idea mencurah untuk kembali ber-pena... 
sebelum terlambat..ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN...
segala salah dan kekhilafan yang pernah diterjadi...mohon sejuta kemaafan...hari yang baik bulan yang mulia..hendaklah saling bermaafan...

#nak selit pic raya 


kalau nak diikutkan waktu...dah cukup 2 tahun arwah pergi... semoga rohnya di cucuri rahmat hendakNYA...aminn ya rabb...padanya kami datang dan adanya jua kami pergi... 
orang tua selalu kata....orang baik-baik ni ALLAH  selalu ambik awal...sebab dia sayang... memang tak dinafikan arwah memang baik... take care a lot... salah satu ciri untuk menjadi bakal suami.. namun jodoh x panjang...setakar tue saja mampu kenal dan mengenali dia... 
TETAPI... hampir dua tahun juga setelah menyepi... terjumpa aka termuncul pulak seorang yang take care a lot...  my best partner... in shaa allah ada jodoh x kemana kecuali ajal yang memisahkan satu pasangan tersebut..jodoh maut semua ditangannNYA... 
thank buddy always by my side...


Sunday, May 19, 2013

~~~LEFT HANDED USER ~~~



Siapa KIDAL ?? Kidal Ada Kelebihannya...

Definisi

Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk. melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ). 

Hubungan kidal dengan otak Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. 

Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

Rumusan

1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yang juga kidal.

3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yang dapat mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.

4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yang ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin untuk menterjemahkan mesej-mesejnya.

5. Hari istimewa untuk orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu ikut..huhu)

6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan

7. Individu Kidal, Individu Elastik

Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan disebabkan itu juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya.

Orang kidal pintar?

Memang ramai individu kidal yang tersohor tetapi kepintaran mereka bukan kerana kidal tetapi kerana mereka menggunakan 80%-90% otak. Mengikut pendapat aku, individu kidal bukan sahaja menggunakan otak kanan secara maksima,tetapi juga menggunakan otak kiri lebih banyak dari orang biasa yang menggunakan otak kanannya. Orang kidal menggunakan lebih banyak bahagian otak kerana secara ringkasnya mereka juga melakukan beberapa kerja menggunakan tangan kanan selain menggunakan tangan kiri mereka dan secara automatik mereka menggunakan kedua-dua belah bahagian otak lebih dari orang kebiasaan. Bukan semua kidal tu pandai tapi yang pasti, tak kira kidal atau tidak, kalau malas buat kerja.

Makan tangan kiri

Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR. Bukhori Muslim)

Pasal isu makan guna tangan kiri. Aku rasa ramai kidal pun makan dengan tangan kanan kecuali kalau guna sudu kan? Orang kidal ni selalu kena tegur kalau makan guna sudu. So, bagi orang kidal, makan la guna tangan je. Ikut sunah Nabi, dapat pahala lagi.

Wallahualam.