Saturday, April 30, 2011

salah siapa????

pada 17/4/2011 ari tue kita orang ada permentasan drama...huhuhuhu...
xsemua orang bleh berlakon an..an..
termasuk la tukang cerita nie..ngee...
dib dpt watak narrator...nak kta watak utama..bukan2..speechless bla dpt watak tue..sbgai bercerita yg gedik2 belaka...x mampu 'cik pah' nak buat..huuhuhu
tapi demi 40% tue sgup jugak laa kan..bkn slalu pun dok atas pentas membebel sana cni...huhuhu
tjuk drama kita orang SALAH SIAPA????? unik bukan...cepat kta unik..kisah berkisarkan ANAK LUAR NIKAH....zaman sekrg kn femes dgn benda2 cam tue..so kita org sebulan 2 suara ambik kta berpakat wat laa jalan cerita tue...huhuhuhu...nseb bek penonton terima kita org punya drama klu x sia2 jaa turn siang mlm berlatih...skit lutut taw berlatih trok2 huhuhu....
nak ambik atie lecturer dh laa susah....kna pndai laa nk hidup...huhuhuhu...kredit pada cik akmal kerna bg sokongan pada saya..ngee....
nie ad selit2 sket kenangan kita orang berdrama..huhuhuhu....
watak cik narrator.....CIK TIPAH....uhuuhuu
barisan pelakon ss production....ngeee
gud job....SALAH SIAPA???? masok carta box x office..huhuhuhu
antara...pelakon drama salah siapa.....
pas nie mmg kompom x nek pentas dah..huhuhu
saya BUKAN BDAK SENI....daaaa...^_*....=.=

Thursday, April 21, 2011

~~~adriana qalisya~~~

  1.  ADRIANA QALISYA
  2.         *****
  3. “ Ana cepat angkat baju di ampaian...hari dah nak hujan tu..” jerkah Nek Piah kepada cucunya yang begitu asyik menghabiskan sisa makan siangnya itu. “Yelah nek...nanti Ana angkat la baju tu...” balas Ana. Dia dengan rakus menghabiskan ketam masak lemak cili padi kesukaannya. ‘ Membazir kalau tak di habiskan lauk ni ’...getusnya di dalam hati. Semasa sedang asyik mengangkat kain di ampaian, angin bertiup kencang hingga menerbangkan baju sutera kesayangan neneknya hingga ke jalan besar. Adriana terkejar – kejar mengambil semula kainnya itu. Tiba-tiba dia mendengar hon motosikal dari jauh menandakan memberi amaran padanya supaya menjauhkhn diri dari jalan itu. “Woi...tak Nampak ke ada motor nak lalu...yang kau main belasah redah jalan ni kenapa...dah tak sayang nyawa ke... ingat ni jalan mak bapak kau...” laung Fariz dalam nada yang marah. “ kau ni tak ada bahasa ke haa...sesuka hati ja nak babit mak bapak aku...” balas Ana dan kemudian merengus kuat menunjukkan tanda protes terhadap Fariz. Ana terus mengutip baju tersebut dengan hati yang membara marah. ‘kau ingat kau hebat sangat’...getus ana dalam hati kecilnya. “ Napa muka monyok je nek tengok...ada yang tak kena ke ni...” kata Nek Piah. “Tak ada apa la nek...ada sorang mamat tu kacau mood ana petang ni...” balas Ana. Ana terus ke blilknya dengan hati yang marah.
  4. Sejak dari kecil sewaktu usianya seminggu hinggalah sebesar anak dara , dia dijaga dan diasuh dibawah penjagaan nenek dan atoknya sendiri. Dia tidak pernah merasa kasih sayang seorang ibu dan ayahnya. Dia pun tidak pasti mengapa orang tuanya sendiri tidak menjaga dan mengasuhnya. Padahal adik-beradiknya yang lain berada di bwah penjagaan ibu bapanya. Pernah sekali ibunya membawa dia untuk tinggal bersama, itu pun setelah di desak oleh atoknya. Tetapi setelah seminggu berada disana, dia meminta ibunya membawa dia pulang kembali ke pangkuan atok dan nenek kerana dia tidak tahan dengan layanan yng di berikan oleh ibunya. Dia dilayan seperti orang asing bukan seperti darah dagingnya sendiri. Begitu juga dengan kedua-dua adik lelakinya, bersikap dingin dengannya. Ayahnya , Datuk Zahid pula begitu sibuk dengan hal-hal syarikat dan kerap ke luar negara menguruskan perniagaannya sehingga tiada masa untuk Ana meluangkan masa bersama ayahnya. Pada mulanya dia sangat terkilan tetapi semakin lama dia dapat membiasakan diri dengan keadaan tersebut dan dia sedar dia bukan seperti anak gadis lain yang di besar oleh ibu bapa mereka sendiri. Tetapi berasa cukup bertuah kerana masih lagi mempunyai insan yang menyayanginya seperti atok dan neneknya sendiri yang bertungkus lumus membesarkannya. Dulu Adriana kerap kali bertanyakan kepada atok dan neneknya , mengapa dia tidak dipelihara oleh ibu bapanya sendiri. Dan tiap kali itu juga ada sahaja dalih dan alasan yang diberikan oleh mereka berdua. Menyebabkan dia sudah berputus asa untuk menanyakan hal yang sama. Adriana tidak menyalahkan atok dan neneknya. Dia juga tidak menyalahkan kedua ibu bapanya. Mungkin mereka mempunyai alasan yang tersendiri mengapa mereka berbuat demikian. Dan dia yakin satu hari nanti dia akan mengetahui juga hal yang sebenarnya
  5.   *****
  6. Fariz memasuki kelas 6 Sarjana Sains dengan wajah selamba dan penuh tenang. Raja fariz di kurniakan wajah yang putih merah , hidung yang mancung, ketinggiannya menyamai ketinggian seorang model dan yang paling beruntung dia mempunyai lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Ramai perempuan di sekolah itu yang tergila-gilakannya, dan merupakan tempat yang sama Adriana belajar. Disebabkan keputusan SPMnya kurang memberansangkan, dia mengambil keputusan menyambung pelajarannya di STPM. Bagi Adriana wajah Fariz boleh di kategorikan dan tergolong jejaka tampan.Tetapi di sebabkan perangai Fariz yang bersikap selamba dan suka perasan kacak itu, membuatkan Ana bertambah meluat kepada fariz. Pada awalnya, Ana pernah menaruh hati terhadap lelaki itu tetapi lama-kelamaan perasan suka itu bertukar menjadi benci. Berlaku satu kejadian, dimana Fariz sengaja menumpahkan kuah kari pada baju sekolahnya sehingga dia di ketawakan oleh pelajar yang lain. Terdapat insiden lain yang berlaku di perpustakaan , ana dan Fariz berebutkan untuk meminjam buku yang sama ‘snow queen’ dan ketika itu jugalah buku tersebut hanya tinggal sebuah sahaja. Tetapi perdebatan hebat mereka telah di tegur oleh ketua perpustakaan dan akhirnya buku itu berjaya di pinjam oleh Fariz. Peristiwa itu membuatkan Ana bertambah benci kepada raja Fariz. Gelak besar Fariz tika itu seperti mengejek Ana kerana tidak berjaya meminjam buku tersebut. Ana kemudiannya di tenangkan oleh kawannya, Hanis kerana terlalu marah dengan sikap biadab Fariz terhadapnya. Ana selalu menyumpah seranah dengan perangia Fariz, ada sahaja yang tidak kena di mata Ana mengenai Fariz.
  7. Pagi itu Ana terjaga lewat, gara-gara menyiapkan kerja sekolah yang tertunggak dan menyebabkan dia kelewatan untuk ke sekolah. Dia sudah di kejutkan oleh neneknya, tetapi kerana kemalasannya sendiri untuk bangun , akhirnya dia ditahan di pintu sekolah. Dan bertambah malang lagi ,dia di tahan oleh lelaki berhidung tinggi. ‘Kenapa la malang sungguh pagi ni...pagi-pagi lagi dah kena mengadap mamat tu’...berbicara Ana sendiri. “ apa alasan yang kau nak beri pada aku ni puteri lambat”...kata Fariz dengan nada yang mengejek. “semalam terlupa nak kunci jam...sebab tu lambat...” kata Ana seperti malas hendak melayan pertanyaan Fariz. “Kenapa kau tak bagi je alasan kau terlupa nak gosok gigi pagi je...haha...”, balas Fariz. Dengan wajah yang masam mencuka, Ana membonceng motosikalnya ke garaj dengan laju seperti cacing kepanasan kerana begitu bengang dengan Fariz. Geli hati Fariz melihat telatah Ana yang begitu marah terhadapnya, bukan niatnya untuk membuat Ana benci terhadapnya. Tetapi pada hari pertama dia mendaftar masuk ke sekolah ini, dia terpandangkan wajah mulus ana dan mula tertarik untuk mengenali gadis itu dengan lebih dekat. Fariz selalu mencari peluang untuk mendekati gadis tersebut dan dia cukup bertuah kerana di tempatkan kelas yang sama dengan Adriana. Sehingga hilang kelibat Ana dari jauh barulah Fariz di kejutkan oleh sahabatnya, Shahrul. “Apa yang kau pandang tu Fariz... ada apa-apa yang tak kena ke dengan Ana tu...atau kau dah jatuh hati dengan Ana tu Riz...”, luah Shahrul. “Ish...kau gila Rul...takkan lah aku nak tangkap cintan dengan minah tu... tak mungkin la...”, balas Fariz. Dia terpaksa berbohong pada Shahrul walaupun kebenarannya hanya dia yang tahu.
  8. “Nek... Ana dah balik ni...”Laung Ana sebaik tiba di pintu rumah. “Pergi la mandi...sembahyang dulu...nanti turun makan sekali dengan atok...”, balas nenek di dapur. Ketika sedang asyik makan bersama atok dan neneknya, nenek memecahkan kebisuan antara mereka bertiga. “tadi ayah Ana ada datang nak tengok Ana katanya...tapi dia tak sempat nak tunggu Ana balik dari sekolah...” Ana seperti kehairanan dan  berkata..” Kenapa ayah datang sini secara tiba-tiba...selalunya dia akan telefon Ana dulu kalau dia nak datang...” “tetapi ayah Ana ada tinggal kan kotak coklat untuk Ana...ada atok letakkan di atas tu..”sambung atok. Ayah sering kirimkan coklat untuknya, setiap kali dia ke luar negara pasti Datuk Zahid akan membawa pulang ole-ole coklat untuk Adriana. “ Tak pernah ayah datang sini nak bertanyakan hal Ana, kenapa kali dia susah datang sini “...kata Ana. “Ada la tu hal yang dia nak cakapkan pada Ana...” balas atok. Melihat daripada riak aksi wajah atok dan nenek seperti ada  sesuatu yang mereka cuba sembunyikan. ‘Kenapa ayah datang sini tadi?...kenapa dia tak telefon je kalau nak beritahu sesuatu pun?...kenapa susah-susah nak datang sini?...’ getus hati kecil Ana inginkan kepastian. Akhirnya petangnya itu dihabiskan dengan tidur sehingga di kejutkan oleh neneknya yang berbebel memberitahu anak dara tidak molek tidur senja-senja. Dengan masih berbasi kemalasan, akhirnya dia gagahkan juga untuk bangun membersihkan diri kemudian menyembah diri pada Ilahi. Kemudian barulah dia turun tolong membantu neneknya menyediakan makan malam. “ Atok, kejap lagi Ana nak telefon ayah...Ana nak beritahu ayah yang Ana masuk pertandingan deklamasi puisi..” luah Ana seraya mereka menjamah makan malam tika itu. Atok dan neneknya hanya menganguk kepala, menunjukkan tanda setuju dengan tindakan nya itu. Seusai dia melaksanakan solat isyak, Ana cuba mendail nombor ayahnya. Tetapi agak lama dia menunggu, tiada siapa yang mengangkat. Perasaan sedikit kecewa cuba menyelubungi jiwa Ana. Tetap apa kan daya, mungkin ayahnya terlalu sibuk hingga tiada masa untuk menjawab panggilan daripadanya. Adriana lebih senang berkongsi cerita bersama ayahnya berbanding ibunya sendiri, Datin Fazura. Walaupun ayahnya sibuk menguruskan perniagaan tetapi Datuk Zahid tidak pernah mengabaikan keperluan anak-anaknya. Adriana kurang pasti apakah krisis yang di hadapi oleh ayah dan ibunya kerana ibunya sendiri pergi jauh membawa diri ke Amsterdam bersama adiknya lain, Arfan dan Azwan. Di sebabkan itu juga, dia jarang berjumpa dengan ibunya. Dia selalu di sisihkan oleh ibunya sendiri dan kurang mendapat perhatian berbanding adik-adiknya yang lain.
  9.    *****  
  10. “ Ana, kau tahu mamat si hidung tinggi tu masuk jugak la pertandingan puisi tu... baru tadi aku tengok nama dekat Cikgu Hasnah..tup-tup nama dia muncul...” luah Hanis yang merupakan kawan baik dan merangkap sebagai ejen mendapatkan berita terhangat di sekolah. “ Mamat ni memang nak kena la...kat mana ada aku...kat situ juga la ada dia...menyampah betul aku...” kata Ana melepaskan geram. “ Tak apa..aku akan belasah dia cukup-cukup masa hari pertandingan tu...baru dia kenal siapa Adriana Qalisya binti Datuk Zahid...”tambah Ana lagi. Hati Ana membuak-buak kepanasan menunjukkan protes dengan perangai Fariz yang cuba mahu mencari pasal dengannya. Di dalam kelas Adriana memandang tajam kearah fariz yang menunjukkan ketidakpuasan hati kepada jejaka itu. Fariz dapat merasakan sesuatu yang membuatkan Ana merenung tajam kepadanya.  “ Apa yang kau pandang tu...sampai nak terkeluar biji mata tu...kenapa? aku hensem sangat ke hari ni yang kau tengok sampai macam tu sekali...” laung Fariz. Ana merengus geram terhadap Fariz dan membuatkan dia duduk terdiam di tempatnya. Adriana seperti diam sejuta bahasa, lontaran kata fariz membuatkan dia terkaku dan terkedu untuk melawan kembali. Tetapi seperti terdapat batu besar di dalam mulutnya, dan menyukarkannya untuk berkata-kata. Apabila berbalah dengan orang lain begitu lantang sekali akan di balas oleh Adriana. Apa yang ada pada Fariz, dia pun kurang pasti. Memang tidak dinafikan Fariz mempunyai pakej yang lengkap kacak sperti lagak model di majalah. Apatah lagi kepandaian, setiap soalan yang di kemukakan oleh cikgu didalam kelas. Dengan mudah dia dapat menjawabnya. Adriana pun kurang pasti mengapa Fariz memilih untuk menyambung STPM, sedangkan keputusan SPMnya membolehkan dia ditempatkan di universiti pilihannya sendiri.  Mungkin itu dinamakan rezeki masing-masing, tiada siapa dapat melawan qada’ dan qadar.
  11. Tarikh pertandingan semakin hampir tetapi Adriana masih belum menyiapkan puisi tersebut. Ada sahaja halangan apabila diam mula untuk mengarang puisi tersebut, kerja sekolah yang bertimbun-timbun, idea tidak muncul ,dan macam-macam lagi. Akhirnya kertas puisi itu terbiar begitu sahaja tanpa terusik walaupun sepatah perkataan. Sejak kebelakangan ini, Adriana begitu meronta-ronta mahukan kepastian terhadap kisah hidupnya yang begitu suram tanpa kehadiran ibu bapanya yang tersayang. Dari kecil dia tidak pernah merasakan kasih sayang yang cukup daripada orang tuanya sendiri. Tetapi apakan daya , dia tiada kuasa untuk menghalang semua itu daripada terjadi. Tetapi dia berjanji akan mengubah hidupnya menjadi lebih indah untuk bersama dengan insan-insan yang dia sayang. Akhirnya lamunan si gadis itu terhenti dengan panggilan telefon daripada ayahnya. “ Ayah... kenapa tak jawab masa Ana telefon ari tu...” luah Ana. “Maafkan ayah Ana... malam tu ayah ada meeting dengan klien sebab tu ayah tak sempat nak jawab panggilan dari Ana...” kata Datuk Zahid. “Ana dah sihat?...Dah makan?...Hari tu ayah ada kerja lain sebab tu tak sempat nak tunggu Ana balik dari sekolah......nanti ada masa ayah pergi melawat Ana lagi ye sayang....” sambung Datuk Zahid lagi. Kemudian Adriana memberitahu Datuk Zahid mengenai pertandingan puisi dan inginkan ayahnya datang masa hari pertandingan tersebut. Malam itu tidur Ana begitu nyenyak sekali kerana dapat berbual lama dengan ayahnya dan pada masa yang sama dapat melepaskan     rindu terhadap Datuk Zahid.
  12. Pada cuti pertengahan tahun, kelas 6 Sarjana Sains telah mengadakan kem motivasi di Gunung Samurai yang berlatarkan keindahan hutan hijau yang menarik perhatian kepada sesiapa yang mengunjung. Sepanjang kem itu berjalan, mereka dibahagikan dalam kumpulan kecil. Pada saat itu jugalah perasaan benci Ana kepada Fariz semakin menjadi-jadi kerana terpaksa diletakkan dalam kumpulan yang sama dengan lelaki berlesung pipi itu. Semua acara berjalan dengan lancar  dan tiada sebarang perbalahan mulut diantara Fariz dan Ana. Sebelum aktiviti mendaki gunung dijalankan, cikgu Helmi mula memberi taklimat ringkas terutamanya mengenai keselamatan pelajar. Adriana begitu asyik mendengar setiap bait-bait kata yang dilontarkan oleh cikgu Helmi takut-takut nanti mungkin ada yang terlepas pandang sesuatu yang penting. Siapa tahu mungkin nanti ada kecelakaan yang menimpa, tiada siapa dapat menjangka, dan tiada siapa pinta mahukan malapetaka berlaku. Setelah arahan diberikana semua pelajar mula mengambil tempat bergerak secara dalam kumpulan. Mereka begitu terpesona untuk menyaksikan keindahan alam yang sperti diperkatakan oleh penduduk tempatan. Semasa begitu asyik, semua pelajar ketika itu dikejutkan dengan jeritan Adriana yang tergelincir dan hampir terjauh kedalam gaung yang mempunyai ceracak-ceracak tajam. Tetapi gadis itu bernasib baik kerana berjaya diselamatkan oleh Fariz. Fariz menarik kuat pergelangan tangan Adriana daripada jatuh ke bawah. Semua rakan lain menjerit ketakutan melihat kejadian tersebut. Setelah itu, Ana seperti trauma dengan kejadian tersebut dan dia bersyukur kerana ada insan yang menolongnya. Apatah lagi insan yang menolongnnya itu adalah insan yang paling dia benci, Fariz. Cikgu Helmi memberi arahan agar aktiviti mereka di tangguhkan dan semua pelajar kembali ke tapak perkhemahan dengan wajah yang terkejut dan trauma.
  13.  Adriana kembali ke sekolah setelah sisa baki cutinya banyak di habiskan bersama orang tersayang, atok dan neneknya. Sepanjang cutinya itu, banyak nasihat yang di terima terutamanya mengenai mengenang jasa ibu bapa. Tidak kira apa jua yang mereka lakukan terhadap anak-anak mereka sendiri. Ana tahu mungkin ada sesuatu yang mereka cuba rahsiakan daripadanya tetapi dia hanya membiarkan masa yang merungkai segala kekusutan. Gadis itu bersama hanis menuju kedalam kelas dengan senyuman melebar hingga membuatkan Fariz tergelak kecil melihat tingkah laku Ana. ‘Manis kalau perempuan ni senyum..’ bermonolog Fariz sendiri. Ana cuba mendapatkan Fariz dan akhirnya terluah juga apa yang ingin dikatakan. “Ana, nak minta maaf dan terima kasih kerana selamatkan Ana hari tu...”. “dah lama Fariz maafkan Ana, dan tak pernah simpan dalam hati..” balas Fariz.
  14. Setelah kejadian itu, hubungan mereka kembali jernih dan menjadi lebih rapat seperti aur dengan tebing. Masa yang terluang banyak dihabiskan bersama dengan ulangkaji di perpustakaan. Fariz banyak menolong Adriana dalam pealjaran kerana jejaka itu merupakan pelajar yang pintar dan boleh dikategorikan genius. Hanis selalu mengusik mereka berdua seperti pinang dibelah dua tetapi ada sahaja dalih untuk menghindar usikan kawannya itu. “ Fariz, nanti tolong Ana siapkan puisi...tarikh deklamasi dah nak hamper tapi Ana belum habis karang lagi...” kata Adriana. “ok...nanti kita sama-sama siapkan puisi tu...” balas Fariz.
  15.    *****
  16. Giliran untuk Ana mendeklamasikan puisinya semakin hamper, tetapi kelibat ayahnya masih jua tidak kelihatan. Hatinya menjerit-jerit agar ayahnya tiba sebelum tiba ke gilirannya. Dia menunggu dengan penuh kesabaran. Datuk Zahid sudah berjanji akan hadir untuk melihat anaknya. Akhirnya kelibat Datuk Zahid jelas kelihatan ketika Adriana sedang menghabiskan puisinya. Setelah masing-masing, Ana dan Fariz melepaskan bait-bait puisi. Adriana cuba menarik Fariz untuk diperkenalkan kepadanya. Tetapi semakin hampir mereka kepada Datuk Zahid. Fariz begitu terkejut melihat wajah Datuk Zahid dan dia cuba melarikan diri disebalik keramaian pelajar lain. Dia seperti takutkan sesuatu. Perbuatan Fariz membuatkan Adriana kaget, dam menjerit memanggil Fariz tetapi tidak diendahkan oleh Fariz. Ana terkilan dengan lelaki tersebut kerana seperti tidak mahu untuk berkenalan dengan ayahnya. “Kenapa kawan Ana lari daripada ayah...?” ,kata Datuk Zahid. “Entahlah ayah...Ana pun kurang pasti...”balas Ana. Seperti biasa, ayahnya akan membawa ole-ole coklat untuk anak perempuannya itu. Minda nya masih terngiang-ngiang inginkan kepastian mengapa Fariz seperti takutkan sesuatu.
  17. Datuk Zahid melihat setiap inci rumah agam yang begitu besar tetapi intinya kosong dengan kasih sayang daripada penghuninya. Setelah perbalahan hebat terjadi antara dia dan isterinya, Datin Fazura. Menyebabkan isterinya mengambil keputusan yang drastik meniggalkan rumah itu dengan membawa anak lelakinya yang lain pergi jauh ke Amsterdam. Selepas isterinya mengetahiu dia menyimpan wanita lain. Salahnya juga terpedaya dengan godaan Azizah yang merupakan cinta pertamanya walaupun tika itu dia sudah beristeri.
  18. “ Mama, siang tadi Fariz terserempak dengan bekas kekasih lama dulu...Datuk Zahid..” luah Fariz kepada Puan Azizah. Azizah begitu kaget dan terkejut kerana bagaimana anaknya boleh berjumpa dengan Datuk Zahid. Sedangkan dia sudah jauh melarikan diri daripada hidup lelaki itu. Setelah dia berjaya memecah belahkan keluarha Datuk Zahid, dia terus membawa diri ke kampung itu supaya tidak dapat dijejaki oleh lelaki itu lagi. Pada awalnya, sebelum Datin Fazura muncul dalam hidup Datuk Zahid mereka sudah sekian lama menjalinkan percintaan. Disebabkan ketelanjuran yang Datuk Zahid dan Datin Fazura lakukan membuatkan Datuk Zahid terpaksa mengahwini peremuan itu. Dia pula kecewa dengan sikap Datuk Zahid, kemudiannya membawa bersama hati yang lara dan seterusnya bertemu jodoh dengan ayah Fariz. Tetapi jodoh mereka tidak berkekalan panjang kerana ketika sedang bergelut melahirkan anaknya , suaminya menimpa kecelakaan kemalangan. Akhirnya meninggal di tempat kejadian. Puan Azizah membesarkan anaknya secara bersendirian kemudian mengambil keputusan untuk membalas dendam kepada Datin Fazura kerana merampas kekasih lamanya. Fariz tidak mahu dendam lama mamanya terus berlanjutan kerana dia mula jatuh hati pada Adriana. Lelaki itu mula menaruh perasaan kepada Ana tetapi dia tahu cintanya mungkin akan mendapat tentangan daripada mamanya. Apatah lagi apabila Puan Azizah mengetahui gadis itu merupakan anak musuhnya. Cintanya pada Adriana adalah suci yang lahir dari hati, bukan berdasarkan hawa nafsu, harta benda mahupun kecantikan luaran. Sejak pandangan pertama lagi, dia sudah tertarik dengan Adriana dan kerana itulah dia mulakan langkah mendekati gadis itu. Fariz sedar dia perlu mengundur diri dan mengorbankan cinta supaya permusuhan yang terjalin tidak menjadi lebih rumit. Fariz perlu menjauhkan diri daripada Adriana kerana setelah gadis itu mengetahui perkara sebenar ,dia tidak mahu dituduh bersubahat bersama mamanya menghancurkan keluarga mereka.
  19.        *****
  20. Semakin hari perangai Fariz menjadi sedikit berubah. Tidak lagi mesra seprti dulu.  Tiada lagi perbalahan mesra antra mereka berdua. Setiap kali Adriana ajak untuk berbual mahupun ulangkaji bersama ada sahaja alasan dan dalih yang diberikan oleh Fariz. Perubahan yang berlaku pada diri Fariz berlanjutan hinggalah mereka berjaya menamatkan peperiksaan STPM. Sehingga hari terakhir Fariz tetap juga membisu seribu bahasa dengan Adriana. Pernah juga Ana cuba nenghantar mesej kepada Fariz, tetapi tidak ada satu pun yang dibalas. Walaupun sekali tidak pernah diangkat panggilan daripada Adriana. Menyebabkan Ana begitu terkilan dengan Fariz. Hari demi hari, bulan berganti bulan sebarang berita mengenai jejaka itu jua muncul. Kasih dan cinta Adriana mula berputik sewaktu Fariz cuba menyelamatkannya di Gunung Samurai. Disitu da telah memasang hajat untuk menjadikan Fariz sebagai kekasih hatinya tetapi apakan daya cintanya tidak sempat untuk dikhabarkan kepada jejaka idamannya itu.
  21.  Hari genting bagi pelajar STPM tika itu berpusu-pusu untuk mendapatkan keputusan masing-masing. Ada gelak tawa, ada yang tersujud bersyukur pada ilahi dan ada menangis kehampaan kerana tidak berjuang bersungguh-sungguh. Bagi Ana pula, bukan keputusan yang menjadi keutamaanya tetapi untuk berjumpa dengan Fariz adalah tujuan utamanya. Kelibat Fariz tidak juga kelihatan. Kekecewaan terus menyentap kedalam jiwa Adriana. Penantiannya selama ini seperti pohon yang tiada hasil. Tetapi dia masih lagi tersenyum kerana keputusan peperiksaannya tidak lah mengecewakan malah merupakan antara pelajar cemerlang di sekolahnya. Bersyukur yang tidak terhingga Ana lafazkan. Akhirnya, keputusan itu sampai ke telinga Datuk Zahid. Ayahnya sangat berbangga dengan pencapaian Ana. Begitu juga nenek dan atoknya, mereka amat berbangga terhadap Ana. Berita tentang Fariz di biarkan menjadi tanda tanya.
  22. Setelah berhempas pulas ketika STPM, kini Adriana dapat melayakkan diri untuk meneruskan pengajiannya dalam bidang Bioteknologi di Universiti Putra Malaysia. Persahabatan yang terjalin antara mereka berdua tidak pernah terputus waima menginjak diri kealam universiti, mereka masih tetap bersama. Adriana dan Hanis kawan seperti tidak dapat dipisahkan lagi, cuma Hanis mengambil jurusan teknologi makanan. Masa yang terluang dihabiskan bersama tika makan ataupun tika ulangkaji. Selama Adriana berada di universiti dia sangat merindukan atok dan neneknya di kampung. Walaupun kampusnya tidak jauh dari rumah ayahnya, Datuk Zahid tetapi dia jarang untuk menjejakkan kaki kerumah agam keluarganya itu kerana dia tahu kehadirannya di situ tidak begitu di senangi oleh Datin Fazura serta adiknya yang lain. Ayahnya berjaya memujuk ibunya pulang ke tanah air ,tiada lagi perbalahan yang muncul. Tetapi masalah lain pula yang muncul. Datin Fazura disahkan mengidap penyakit kanser buah pinggang, menyebabkan ibunya terpaksa berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan hemodialisis. Adriana mengambil tahu setiap masalah keluarganya melalui Datuk Zahid. Setiap hari dia akan bertanya tahap kesihatan ibunya itu agar dia tidak terlepas pandang setiap masalah keluarganya itu. Ana sangat berharap sakit ibunya itu dapat di pulihkan seperti sedia kala.
  23. “ Opss...maafkan saya...saya tak sengaja nak tumpahkan air ni...” luah Fazran memohon maaf terhadap Adriana kerana kekhilafannya menumpahkan Nescafe panas kepasa baju ana. “Awak letak mata dekat mata....lutut...lain kali jalan tu pandang depan...bukan meliar dekat tempat lain...” balas Adriana dalam nada geram. Wajah Ana begitu menunjukkan marah terhadapad Fazran. Walaupun jejaka itu telah meminta maaf tapi api kemarahannya tetap meledak. Jejaka aku tidak terkata dek jerkahan Adriana. Dan dia tahu sudah menjadi kesalahannya tidak berhati-hati ketika membawa minuman itu.
  24. Adriana merasakan harinya begitu malang kerana dia terpaksa berada di kuliah yang sama dengan lelaki yang telah ditemui di kafe semalam. Selama dia dalam kelas, ana dapat merasakan Fazran acap kali merenungnya dan membuatkan Ana tidak begitu selesa dengan pandangan tersebut. Gerak hati Adriana menyatakan terdapat persamaan antara Fariz dan Fazran. Persamaan apakah itu sering menjadi persoalan di kotak minda Adriana. Setipa klai dia terpandang Fazran dan tiap kali itulah dia seperti terpandangkan kelibat Fariz. Ana mengakui dia sangat rindukan gelak Fariz, tapi apakan daya Fariz meninggalkannya tanpa sebarang berita. Membuatkan Adriana begitu terkilan dengan tindakan drastik yang diambil oleh Fariz, jejaka yang di cintainya itu. Doa Ana untuk bertemu dengan Fariz tidak pernah putus-putus, sehingga pernah Nek Piah menasihatkannya untuk melupakan Fariz.
  25. Setiap hari ada sahaja usikan daripada Fazran untuk Adriana sehinggakan gadis itu rimas dengannya. Dan setiap hari juga akan ada sekotak coklat yang diberikan Fazran untuk Adriana. Walaupun ditolak oleh Adriana tetapi Fazran akan tetap memaksa ana untuk menerima coklat itu. Pernah terjadi dimana Ana betul-betul tidak mahu menerima coklat pemberian Fazran , akhirnya coklat itu disampaikan melalui Hanis. Fazran akan melakukan apa sahaja untuk menjadikan Adriana sebagai ‘sahabat istimewanya’. Coklat membuatkan Adriana teringatkan dia pada Fariz kerana ketika di sekolah Fariz sering memberinya coklat sebagai tanda persahabatan akrab mereka akan terus terjalin.Setiap tahun persoalan yang sama akan timbul hanya disebabkan oleh coklat yang selalu diterima tiap kali ulang tahun kelahirannya. Adakah hadiah itu daripada Fariz? Adriana masih mencari insan yang menghadiahkan coklat itu untuknya.
  26. Lama-kelamaan , hubungan baik antara Fazran dan Adriana terjalin mesra. Sudah acap kali, lelaki itu mengajak Adriana untuk berjumpa bersama keluarganya dan tiap kali itulah ana sering menolak dengan memberi pelbagai alasan untuk menolak perlawaan itu.”Tahun ini adalah sem yang terakhir untuk kita bersama Ana, mungkin masa akan datang jika diizinkan tuhan kita masih bertemu...begitu cepat masa berlalu...kalau boleh Fazran nak sangat ana jumpa keluarga fazran”...luahFfazran. ‘bila lagi ana nak jumpa keluarga Fazran...dah banyak kali sangat Ana tolak...’sambung Fazran. ‘Insyaallah ...nanti kalau ada masa Ana akan cuba kerumah Fazran untuk berkenalan dengan mama dan abang Fazran, ok ?...balas Adriana. Fazran tersenyum sumbing setelah mendengar jawapan daripada Adriana. Dia pernah meluahkan perasaannya terhadapa Adriana, tetapi ditolak lembut oleh ana kerana alasannnya dia hanya cintakan seorang lelaki sampai bila-bila. Nama lelaki bertuah itu di rahsiakan daripada pengetahuan Fazran. Adriana berjanji dia akan mencari lelaki itu jika masih diberi kesempatan. Walaupun fazran begitu hampa tika mendengar menjawab Adriana , tetapi dia masih berkawan baik dengan Adriana walaupun cintanya ditolak.
  27.                                          *****
  28. Setiap malam Adriana sentiasa memikirkan masalah keluarganya. Dia sangat menantikan sebuah keluarga yang penuhgelak tawa daripada ayah ,ibu dan adik-adiknya. Dia sentiasa ternanti-nantikan saat indah itu. pada malam itu juga dia mendapat berita daripada ayahnya, menyatakan ibunya kurang sihat dan doktor telah menyesahkan penyakit Datin Fazura menjadi semakin teruk. Sepanjang malam Ana hanya berteman air mata kerana kerisauannya terhadap ibunya. Dia berjanji akan melakukan sesuatu untuk menyembuhkan penyakit yang ditanggung oleh Datin Fazura. Walaupun Adriana dilayan dingin oleh ibunya sendiri tetapi tidak menjadi halangan baginya untuk berbakti pada orang tuanta sendiri.
  29. “Kenapa baru sekarang nek dan atok beritahu perkara sebenanr pada ana ? kenapa tak dari dulu lagi ? kenapa nek? Apa salah ana sehingga diperlakukan seperti itu... takkan sebab Ana anak luar nikah ibu dengan sewenang-wenangnya buat ana macam tu...apa dosa Ana nek..” Ana meluahkan apa yang terbuku dihatinya selama ini. Adriana menangis teresak-esak selepas mendengar segala rahsia mengenai sejarah hidupnya sleama ini. Begitu hebat tamparan yang dia hadapi ketika usianya menginjak 24 tahun. Begitu lama sekali rahsia ini disimpan dan dikunci. Patutlah dia dilayan sedemikian rupa oleh ibu kandungnya. Siapalah dia untuk mempersoalkan perkara itu Adriana tidak dapt menerima kenyataan bahawa dia adalah seorang anak luar nikah. Begitu pahit rasanya untuk menelan kenyataan yang dihadapi olehnya. ‘Ya Allah... ujian apakah yang engkau berikan padaku ini...kuatkalah dan tabahkanlah hambamu ini untuk meneruskan ujian yang kau turunkan padaku ya allah...’ bisik Ana dalam hati.
  30. Hari-hari yang dilalui oleh Adriana , dirasakan sukar sekali tetapi digagahkan jua untuk mencapai hari bahagia yang selama ini sangat diimpikannya. “Ana dah tahu semuanya ayah...atok dan nenek dah beritahu semuanya pada ana...” kata Ana kepada ayahnya. Datuk Zahid begitu kaget selepas bait-bait yang diluahkan oleh puterinya itu. Dia terkedu untuk berkata-kata , kepalanya berpinar-pinar terasa ingin pitam. “kenapa ibu sanggup berkelakuan sebegitu pada ana ayah...” luah Sna. “Entah Ana... ayah pun kurang pasti...sudah banyak kali ayah cuba nasihatkan ibu supaya menerima sperti anak-anaknya yang lain...tapi ibumu seorang yang degil ana... “balas Datuk Zahid. Adriana menangis dibahu ayahnya , melepaskan segala yang terbuku dihati. Sebagai seorang anak dia inginkan kasih sayang yang sepenuhnya daripada kedua ibu bapanya.
  31. Hari itu, Adriana menepati janjinya pada Fazran untuk bertemu keleuarga jejaka tersebut sebelum mereka masing-masing menamatkan pengajian. Mereka berdua sama-sama menuju kerumah Fazran dengan menaiki kereta Honda Civic milik Fazran. Tika sampai dihadapan rumah , Adriana disambut mesra oleh orang gaji mereka ,Mak Som. Mak Som begitu ramah terhadap Adriana, membuatkan Ana berasa selesa untuk berjumpa dengan mama Fazran. Adriana begitu terpegun melihat hiasan dalaman rumah Puan Azizah. Sangat mempesonakan kepada sesiapa yang melihatnya, begitu kemas dan teratur. Sewaktu asyik memerhatikan hiasan rumah itu, tiba-tiba Adriana terpandang wajah yang begitu tidak asing lagi baginya. Fariz. Gambar itu menunjukkan wajah Fariz, lelaki yang dicarinya selama ini. Guguran air mata mula singgah di pipi mulus ana. Tetapi dengan segera di sengka oleh Ana kerana tidak mahu diketahui oleh Fazran dan Puan Azizah.
  32.                                                      *****
  33. Adriana mencungkil setiap kisah mengenai Fariz, membuatkan Fazran kehairanan kerana perbicaraan Ana mengenai abangnya Fariz seperti sudah lama mereka berkawan. Fariz dan Fazran merupakan kembar tidak seiras. Dari kecil dia diasuh dan dijaga oleh Nek Ean. Ibu kepada mamanya, kerana dari kecil dia tidak betah bersama Fariz. Meraka acap kali bergaduh membuatkan mamanya mengambil keputusan untuk memberinya dibawah pengawasan Nek Wan. Hinggalah Nek Wan meninggal dunia, barulah dia kembali tinggal bersama abang dan mamanya. Setelah tamat STPM, Fariz mengambil keputusan untuk menerusakan pengajiannya di Korea. Dia juga bertindak untuk mengambil alih perusahaan coklat milik allahyarham bapanya . disebabkan Fazran tidak berapa menunjukkan minatnya terhadap hal-hal syarikat, menyebabkan abangnya merantau jauh ke negeri orang. Hati Adriana kembali berbunga setelah mendengar semua cerita kisah keluarhga Fazran. Adriana berjanji dalam hati dia akan pergi menemui Fariz setelah semuanya selesai.
  34.                                                    *****
  35. Saat yang dinantikan kian tiba, seperti yang dijanjikan kepada ayahnya Adriana bersedia untuk mendermakan buah pinggannya kepada ibunya. Setelah mendapat semua kelulusan daripada pihak hospital yang menyatakan buah pinggan Ana  bersesuaian untuk Datin Fazura , pembedahan yang selanjutnya akan dijalankan. Adriana akan mendermakan salah satu daripada buah pinggannya untuk ibunya. Dia inginkan ibunya kembali ceria sperti sebelumnya. Pembedahan dijalankan mengambil masa selama sepuluh jam. Syukur. Itulah perkataan yang tidak dapat digambarkan lagi oleh Datuk Zahid diatas kejayaan pembedahan anak dan isterinya itu. Dia menangis tanda bersyukur yang tidak terhingga kepadaNya. Setelah berminggu lamanya Datin Fazura berada di hospital, perkara pertama yang dilakukan olehnya adalah memeluk puteri perempuanya itu, kerana telah mendermakan buah pinggangnya kepada ibu yang telah banyak membuat salah pada anak nya sendiri. “Maafkan... ibu ana... kerana telah bersikap dingin denganmu... ibu berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut...maafkan ibu ya ana...” luah Datin Fazura sewaktu bertemu dengan anaknya itu. “Sudah lama ana maafkan ibu...syukurlah...ibu dapat ,menerima Ana semula... terima kasih ibu...” balas Ana. Mereka berpelukan melepaskan segala yang terkubu di hati. Datuk zahid, atok dan neneknya tersenyum gembira melihat keluargnya sudah bahagia dengan kehadiran Adriana.  Adik lelaki Adriana, memeluk kakaknya sebagai tanda sayang dan berjanji tidak akan melayan buruk lagi kakaknya itu. air yang dicincang tidak akan putus. Itulah perumpamaan yang sangat sesuai untuk diungkapkan.
  36. Hari konvokesyen adalah hari yang sangat bermakna kepada setiap insan yang bergelar mahasiswa dan mahasisiwi universiti. Perasan itu juga turun sama dirasai oleh Adriana. Dia merasakan hari konvokesyennya begitu bermakna sekali dengan kehadiran orang yang tersayang iaitu keluarganya. Dia menangis kegembiraan sewaktu menerima ijazah diatas kejayaan menamatkan pengajiannya. Disaat Adriana ingin menemukan fazran kepada keluarganya, tika itulah dia ternampak ayah dan ibunya seperti membincangkan sesuatu yang serius dengan Puan Azizah. Tampaknya seperti sudah lama mereka berkenalan. “ sudahlah Azizah... dah lama kami maafkan kau...kita buka lembaran baru.. kisah lama ...usah dikenangkan lagi... patutnya hari ni kita patut bergembira dengan kejayaan anak kita...” kata Datin Fazura. “Sekali lagi saya ingin memohon maaf diatas kekhilafan yang pernah saya lakukan dulu terhadap keluarga datuk...” balas Puan Azizah. Datin Fazura sendiri tidak menyangka Adriana berkawan baik dengan Fazran, anak Puan Azizah. Kebetulan yang sangat tidak dirancang. Mereka sekeluarga sangat bersyukur akhirnya perselingkahan selama ini sudah berakhir.
  37. Adriana dan Fazran berjalan beriringan bertemua kedua orang tua masing-masing. “Ibu dah lama ke kenal dengan aunty Azizah.?” Tanya Adriana kepada Datin Fazura. “ Ya, sayang...dah lama ibu berkawan dengan aunty faridah ni...tak sangka pulak ibu...anak ibu berkawan dengan anak aunty faridah...’”balas Datin Fazura. Hanya dengan senyuman dapat diblas oleh Adriana. “ Alang-alang semua dah ada disini... ana nak beritahu perkara sebenar kepada ibu dan ayah...” kata Adriana sambil memandang kearah neneknya sebagai tanda meminta izin untuk menerangkan hal sebenarnya mengenai fariz. “Aunty... sebenarnya dah Ana sudah lama berkawan dengan Fariz... anak lelaki aunty...sewaktu dibangku sekolah lagi...dan disebabkan perwatakan baik yang ditunjukkan oleh Fariz menyebabkan Ana tertarik kepada Fariz...sebab itu Ana tidak dapapt menerima cinta Fazran kerana yang saya cintakan adalah abangya Fariz...” luah Adriana dalam nada terketar-ketar. Semua seperti terkejut dengan luahan Ana sebentar tadi. Apatah lagi Fazran. Gadis yang dicintai selama telah dicuri oleh abangnya sendiri. Dia sedar Fariz adalah jejaka yang bertuah jika dapat memiliki Adriana. “Oleh itu... izinkan Ana untuk bertemu dengan Fariz di Korea ayah ibu...aunty... Ana sangat ingin bertemu dengan Fariz. “Aunty sangat memahami perasaan Ana...Fariz pernah memberitahu pada aunty dia pernah jatuh cinta pada Adriana.. tetapi aunty tidak tahu bahawa Ana adalah gadis itu...pergi lah Ana... berjumpa dengan Fariz...mungkin Fariz sudah lama menunggu untuk bertemu sama kamu... nanti aunty berikan alamatnya kepada kamu...supaya memudahkan kamu untuk mencarinya nanti...” balas Puan Azizah. “Ya.. ayah dan ibu izinkan Ana pergi kesana asalkan kamu pandai menjaga diri. Adriana tersenyum lebar setelah semuanya memberi keizinan kepadanmya untuk nertemua denagn Fariz. Lelaki yang dicari selama ini. Fazran hanya tersenyum setelah mendengar penjelasan daripada Ana walaupun dalan hatinya sangatlah terluka.
  38.                                                     *****
  39. Adriana memandang dalam kearah mata fariz. Dia tidak dapat menahan air mata daripada terus menitis membasahi yang makin lencun tudungnya. Fariz begitu kaget melihat Adriana di depan matanya. Hati kecilnya seperti ingin menjerit kuat dan ingin menyatakan kerinduannya kepada seluruh alam. Tetapi lidahnya seperti tersekat. Dia terdiam memandang tajam kearah Adriana dan terasa ingin memeluk wanita itu untuk melepaskan rindu yang telah lama di simpan kemas. “Maafkan Fariz kerana meninggalkan ana tanpa sebarang khabar... bukan maksud fariz ingin pergi jauh dari ana...” luah Fariz. “sudahlah Fariz...Ana dah tahu semuanya...mungkin agak pelik apa yang ingin Ana katakana ini...” kata Adriana. Fariz mendengar bait-bait yang diluahkan Ana dengan teliti. “Fariz... Ana ingin menyunting Fariz menjadi peneman hidup Ana untuk selamanya...itu pun jika Fariz masih belum dimiliki oleh sesiapa...” sambung Ana. Fariz terus memeluk Ana tanda bersetuju dengan apa yang di persuarakan oleh Ana. Akhirnya mereka beriringan bersama dan merenung masa depan yang penuh dengan kebahagiaan bersama orang yang tercinta.

Saturday, April 2, 2011

~~epy bzday~~

2/4  bzday pak cik nie.....x leh tgk muka dy...dy nie pemalu sket owgnya..ngeee...
dah 20 keyh.....cuba berfikir secara matang sket ok ....jgn keja dk men memnjg....
makin ari makin tua bkn makin muda.....keep in ur mind.....huhuhuhuhu...
gud luq 4 da game....men se abeh molek....jgn dk kalah lg ar......t blek sambut belated bzday ar....
4 taun dk cni 4 taun laa x smbt bzday pakcik nie cian an...nak buat  mcm mana sapa swoh dk jauh2...huhuhuhu....sabo3 t blek smbt belated bzdaY pn ok gak tu kan..so sabo3 sket k...smbt laa ngn mmbr dlu....huhuhuhu..ni antra amanat besar dri beta ....huhuhuhu
ni laz sem wat lek lok....
jgn asyik men rgby jaa an..an..
klu men ....men seabeh laju yg mungkin...huhuhu
moga2 taun depan maseh punya harapan utk ketemu bzday kamu yg ke 21.....
MAY ALLAH BLESS U alwayz......
jgn lupa bdak jauh yg ad dekat cni ar.....
ngeee....^_*
psst..>>>>tgu blek bru dpt hadiah.......