Monday, January 6, 2014

~~~ PANDANGAN ~~~


Dulu…setiap kali call mak…mak akan tanya dah ada penganti belum. Sekarang bila call mak..mak akan tanya dah reject belum. Ingatkan dah dapat pengganti dah hilang dah soalan tue. Ni lain pulak jadinya..betul laa kata pikah. Ceritera aku dah boleh buat novel dah. Nampak sangat mak payah nak lepaskan kami. My sisters yg dua orang tue dah lepas. Tak payah nak hadap semua nie dah.. tapi betul la apa yang mak cakap. And I believe if u didn’t get bless from your parents. That means ur relationship will broken if not today will be tomorrow and so on. Bless are important thing u need to get from ur parents especially when u want to build ur ‘masjid’. No matter what happen I love u mom. I know what the best u wants for me.
Kalau nak diikutkan, partner yang aku jumpa mmg dah cukup bahagia untuk aku. Tapi ya laa bila dah terlalu taksub I means obsessed dengan politik, ia merupakan salah satu cirri yang boleh membuatkan keretakan sesuatu hubungan. Berlainan pandangan politik merupakan ancaman dalam membentuk sesuatu perhubungan yang pasti. Tapi kalau dah sayang lautan api sanggup aku redah. Dan ia juga bukan perhalang utk membentuk sesuatu perhubungan jika sering bertolak ansur dan saling memahami. If u in the same rule, it’s not cool man.  Difference opinion has their own meaning. First, from positive side ia boleh membuat komunikasi yang lebih berkesan contoh. Kalau pasangan anda saling mempunyai cerita yang berlainan setiap hari bukankah itu akan membuatkan hidup anda tidak bosan. Kalau anda mempunyai pandangan yang sama, ini akan berlaku ‘ ala, dah tahu pun cerita tue..bla..bla..bla..’. Tidakkah ini akan membuat sesuatu hubungan itu hambar. Kalau yang tidak tahu ‘ laa..yaka …macam mana jadi..bla..bla…bla..’. dan saya memilih yang dibawah. Iaitu mempunyai pandangan yang berbeza.
Saya  tak salahkan pasangan saya mempunyai pandangan yang berbeza. Tapi ia merupakan pengalaman hidup dimana semua orang mempunyai pandangan masing-masing. Cukup laa, dah penat nak backup bagitau mak. Xdak paa laa.. itu hanya provok jaa.. semua benda boleh setel. Setakat la kak bahagia ja lagi. Bukan senang nak buang orang yang kita sayang. Dan bukan senang nak lupa kenangan yang telah kita cipta. Am I right?
Dan tak semua orang akan ikut apa yang kita cuba lontarkan. Apa yang kita suarakan. Dan apa yang ingin kita sampaikan. Semuanya memerlukan masa. Ingat senang dah suruh orang berubah mengikut pegangan masing-masing. Ikut rule masing-masing. Biar la masa yang ubati semua tue. Biar laa fikiran perlahan-lahan hadap semua tue. Biarla ia berlalu dengan perlahan-lahan. Everything happen have their own reason. Jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.

Have a nice day everyone. Mom…  I love u more. 

Sunday, December 15, 2013

~~RYOJI ~~

ryoji stand for mohd akmal hakim bin adnan aka MAHA...  bilamana akhir sem tiba mesti fikiran akan terngiang-ngiang dekat arwah..mungkin sebab sebelum-sebelum kalau terrific time datang dia laa yang banyak bagi semangat... kalau ayat motivation tu xpyah cakap laa..mmg banyak.. tengah-tengah serabut akan call dia..lepas tue akan sembang merapu then akan datang semangat nak study or buat assignment balik.. xtau la dia pakai ayat apa yang boleh dapat semangat macam tue.. 
berbalik cakap pasal ayat.. ada dia send ayat quran yang dia baca untuk eden... ayat untuk menenangkan hati seorang perempuan kata arwah.. yup.. walaupun dah dekat 2 thn lebih dia pergi untuk selamanya kenangan pesanan dan lirik katanya xpernah or xmudah nak lupa... penangan seorang kawan yang sentiasa kala senang atau susah.. mungkin perkenalan itu terhenti disitu.. kami bertemu pada bulan ramadhan dan berakhir juga pada bulan ramadhan.. 
hubungan aku bukan terhenti disitu,, mungkin jodohku bukan denganmu akmal hakim tapi jodoh aku dengan family mu ada lebih kuat dan lebih kukuh antara hubungan kita berdua...
time kenal arwah tak pernak sekali jejak ke rumah dia... tetapi arwah selalu jenguk keluarga saya..that means my parents know about my relationship with him.. then selepas arwah dah xdak baru laa saya jejakkan kaki ziarah family dia...sebab tak elok atau tak manis... orang yang terakhir berjumpa dengan arwah tak berjumpa dengan family dia cerita apa yang terjadi malam kejadian.. time hari arwah dikebumikan aku just alami hari mcm biasa bgn pagi just cek wall arwah then nampak mmber dia post ucap takziah..time tue apa kau rasa..oren.. aku ingat kawan-kawan just main2..jela aku baru jumpa dia last night bukak puasa sekali..the first and the last bukak puasa sekali... aku tak puas hati then call ibu dia.. nasib baik ada no ibu dalam phone.. bla3.. baru percaya then mak waktu tu sangat terkejut.. sebab aku dah macam histeria..what u fell that man u want to married gone for forever..!!! yup u lost ur partner for forever n u cant see him again.. mak time dah tak tahu nak buat apa..nasib baik time tue ada ayah..tahan nangis..tapi tgk mukam ayah terus nangis dekat ayah..sangat2 rasa terkilan sebab malam tue mak n ayah nak sangat jumpa arwah tapi x kesampaian.. sebab kami balik agak lewat....kak sulung aku pon yang kerja dekat penang sanggup balik n left from her office with blotted face..menangis sambil bawak kereta dari penang ke kedah...dah anggap arwah tue macam adik dia.... abang ipar aku yang time tue tunang kak aku pon sanggp balik sebab nak tengok arwah... kami baru rancang nak jadi pengapit untuk kenduri along time tue tinggal xsampai sebluan nak kenduri..itu penangan pemergian arwah selepas dia pergi... 
then selepas selesai pengebumian arwah... aku dah x sanggup nak hadap mak ayah dengan muka menangis hari2..t along plak tanya nak ikut x tinggal dengan dia dekat penang...pucuk dicipta ulam mendatang... takut mak ayah risau dengan keadaan aku yang sangat horrible time tue aku ikut along dok kat penang... sampai ja sana along masok office kau just terperap dekat rumah...dok umah along...pagi petang siang malam mak akan kol tanya dok buat apa n akan pesan jangan dok buat kerja gila.. ahahaha... seminggu permegian arwah memang sangat x tentu arwah tengok phone n siap cakap kenapa kau x balas mesej aku....aku mmg sentiasa sent msj dekat arwah siap call lagi.. tapi aku tahu dia takkan balas... mimpi x payah cakap selalu..dalm sebulan awal tue..sangat kerap mimpi dia... cuma sekarang nie kalau aku mimpi dia aku mmg betul ingat and rindu dekat dia laa tue.. ryoji i just want to know that u are my bff n best motivator ever.. mucho gracias for everything what we have done gether.. 
luv from sketsavouchelle... 

Thursday, October 24, 2013

<< holiday make ur day feel better >>

indah perjalanan luas permandangan... ayat yang cliche atau perpatah yang sering diluah segelintir masyarakat.. amboi ayat... LOL.. 


thats my point untuk update blog untuk sekian kali... banyak benda yang nak berceloteh... tapi biar kan gambar yang berbicara dengan sendirinya.. daripada gambar sesiapapun boleh mentafsirnya... daripada gambar terbit sejuta memori..daripada gambar kenangan boleh tercipta... daripada gambar kita boleh membuat insan sekeliling tersenyum lebar..mungkin juga kesedihan

.. tatkala orang lain sibuk dengan kerja masing-masing.. kami bertigam membuat keputusan.. exactly dah lama plan... tapi ajak yang betul2 nak pergi saja.. so decide dib, ain non ngn madihah holiday dekat langkawi 2 hari satu malam.. naik feri dari kuala kedah.. then check in dekat homestay syamim...cant remember what thats place called... thanx a lot bro pick up kami dekat jeti langkawi.. cc izzuddin izzat.. benda kalau xrancang yang tu paling syok.... dapat tmpat tido free..kereta untuk ronggeng langkawi pon free.. rezeki sama2 dikongsi.. ye dak!! p langkawi selang satu jam mesti wajib makan... laksa sapu cendol sapu..pasembor la nasi laa..macam2..we called niceee... 


tapi yang paling trajis umur dah nak masuk 23 baru sekarang dapat jejak langkawi..nampak sangat bukan anak jati kedah... at least jejak jugak kan... boleh dikatakan this was awesome sbab boleh dikatakan semua tempat pelancongan dekat langkawi kami terjah..thanx for our tourist guide cc pak din , syamim dan juga husinn.. husin bawak mini copper dohh.. semart bohh!!! paling byk2 tempat tanjung aru superb cantik.. sesapa yang nak shoot pic cantik bole la kesana... dijamin cantik aih... sudah2 la berceloteh... so, nice picture from us.. 


 ~~ pantai chenang ~~


~~ cable car ~~


~~ pasir hitam ~~


~~ on my way FERRY lorh ~~


~~ sampai sudeyy ~~


~~ tanjung aru meh ~~


~~ tanjung aru lelagi !! ~~


~~ woot woot gayat mehh !! ~~


~~ walking until the end ~~


~~ padang mat sirat ~~


Monday, August 12, 2013

kenangan baru

setelah berhempas raya untuk 2013... dan setelah hampir beberapa bulan tak ngadap blog nie..tiba-tiba malam ni idea mencurah untuk kembali ber-pena... 
sebelum terlambat..ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN...
segala salah dan kekhilafan yang pernah diterjadi...mohon sejuta kemaafan...hari yang baik bulan yang mulia..hendaklah saling bermaafan...

#nak selit pic raya 


kalau nak diikutkan waktu...dah cukup 2 tahun arwah pergi... semoga rohnya di cucuri rahmat hendakNYA...aminn ya rabb...padanya kami datang dan adanya jua kami pergi... 
orang tua selalu kata....orang baik-baik ni ALLAH  selalu ambik awal...sebab dia sayang... memang tak dinafikan arwah memang baik... take care a lot... salah satu ciri untuk menjadi bakal suami.. namun jodoh x panjang...setakar tue saja mampu kenal dan mengenali dia... 
TETAPI... hampir dua tahun juga setelah menyepi... terjumpa aka termuncul pulak seorang yang take care a lot...  my best partner... in shaa allah ada jodoh x kemana kecuali ajal yang memisahkan satu pasangan tersebut..jodoh maut semua ditangannNYA... 
thank buddy always by my side...


Sunday, May 19, 2013

~~~LEFT HANDED USER ~~~



Siapa KIDAL ?? Kidal Ada Kelebihannya...

Definisi

Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk. melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ). 

Hubungan kidal dengan otak Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. 

Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

Rumusan

1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yang juga kidal.

3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yang dapat mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.

4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yang ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin untuk menterjemahkan mesej-mesejnya.

5. Hari istimewa untuk orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu ikut..huhu)

6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan

7. Individu Kidal, Individu Elastik

Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan disebabkan itu juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya.

Orang kidal pintar?

Memang ramai individu kidal yang tersohor tetapi kepintaran mereka bukan kerana kidal tetapi kerana mereka menggunakan 80%-90% otak. Mengikut pendapat aku, individu kidal bukan sahaja menggunakan otak kanan secara maksima,tetapi juga menggunakan otak kiri lebih banyak dari orang biasa yang menggunakan otak kanannya. Orang kidal menggunakan lebih banyak bahagian otak kerana secara ringkasnya mereka juga melakukan beberapa kerja menggunakan tangan kanan selain menggunakan tangan kiri mereka dan secara automatik mereka menggunakan kedua-dua belah bahagian otak lebih dari orang kebiasaan. Bukan semua kidal tu pandai tapi yang pasti, tak kira kidal atau tidak, kalau malas buat kerja.

Makan tangan kiri

Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR. Bukhori Muslim)

Pasal isu makan guna tangan kiri. Aku rasa ramai kidal pun makan dengan tangan kanan kecuali kalau guna sudu kan? Orang kidal ni selalu kena tegur kalau makan guna sudu. So, bagi orang kidal, makan la guna tangan je. Ikut sunah Nabi, dapat pahala lagi.

Wallahualam.

Saturday, September 29, 2012

pulau tiga

sabah memang sangat menarik dengan pulau-pulau yang biru airnya..
tiada tolak bandingannya lagi...
dekat sini pulau dia lagi cantik berbanding pulau-pulau disemenanjung..
alhamdullilah...setakat nie dah sampai pulau sapi pulau manukan pulau mamutik dan pulau tiga..
yang paling best pulau tiga sebab lain dari yang lain...
dekat sana ada volcano yang boleh sapu dekat muka ataupun seluruh badan untuk bagi wajah cantik...kononnya laa..kalau tak menjadi jangan salahkan info..ok..take easy...just for fun..
tempat tue memang superb kalau nak honeymoon..hilangkan stresss...hilangkan keserabutan yang melanda..


ketika perjalanan nak ke pulau tiga... percikan air...tapi laut...air masin.....hukhukhuk



tadaaaaa....nampak tu signboard pulau tiga....dah sampai pun kami ke pulau tiga....anda bila lagi???


sebelum check in dekat chalet...photographer please do ur job...hohohoho..kenangan itu penting...!!!

tak cukup sorang nie...patutnya ada lagi sorang baru cukup 7...tapi AZWEEN BT SABTU balek lebih awal dari kami....holiday bertambah manis kalau kita bersama dengan orang yang kita sayang... tanx guys...u make our moments like rainbow...
bersiap sedia sebelum kitaorang kena lanyak dekat volcano....time ne  semau senyum sebab belum kena lumpur lagi....!!!

part nie yang paling best dekat pulau tiga... volcano mud...wooo..terbaikk!!! memang superb laa.. maseh terasa gunung berapi dia nie..tapi x laa sekuat macam dekat indon... tapi masih ada lagi laa sisa2...

ahahahaa...kan dah kena dgn lumpur....tapi memang superb...terasa laa pressure dia kalau dah main ... lumpur yang dapat mencantikkan kulit...sesapa yang ada masalah kulit tue...boleh laa bawak family datang sini...antara tempat yang berbaloi selain daripada dapat snorkeling... 

selain pengalaman manis dekat sini..ada jugak pengalaman x manis nya...time kami tengah seronok2 terjah (jungle trekking) dekat hutan situ... ada yang kena gigt dengan tebuan hutan laa...lari laa paa lagi...sampai campak2 tudung...sakit dohhhh... salah seorang mangsaya adalah #me (SAYA).. :(
menangis tak berlagu..apa lagi kol mak..sampai kena cucuk dekat hospital laa..ubat punya laa banyak..opss..xdak bukti laa pulak nak tunjuk ubat tue... ubat tue maseh segar dalam peti ais dekat rumah..hohohoh... ada yang kena gigit dengan obor-obor.. apa boleh buat..obor2 tue tersesat masuk dekat tempat kita orang tengah mandi ....

semua itu adalah pengalaman yang x dapat dibeli oleh wang ringgit..memang happy ever after holiday laaa...tanx to our lecturer #dr SABARIAH SHARIFF.. bertungkus lumus bawak kita orang berholiday bersaam beliau....

<3<3<3<3<3

Thursday, August 9, 2012

dia sudah tiada

rarely... berlaku lagi mimpi yang sama... kali nie pun mimpi pasal dia tapi x muncul dia pun dlm mimpi tue..
mimpi sampai nak kol jaa dia tapi bila terjaga baru sedar dia dah x daaa... lagi 2 hari cukuplaa setahun dia pergi meninggalkan insan2 yang menyayangi dia..
lumrah kehidupan..
sedikit demi sedikit aku dapat terima ketiadaannya..
punca inspirasi akku hilang dan pergi untuk selama-lamanya..
tapi hubungan dengan keluarga nya tidak pernah putus..
aku masih lagi lakukan apa yang arwah lakukan tiap kali bulan puasa tiba..
insyaallah habit itu akan diteruskan sehingga hujung nyawaku..
bila tiba saja ramadhan..insan mana yang tak gembira untuk merebut pahala yang berliapat ganda 
tapi bagi aku bila tiba saja ramadhan..hati jadi sayu dan sepi..
perlu ambil masa untuk semua tue untuk menyesuaikan diri..
macam mana x sayu..kejadian yang berlaku pada insan yg disayangi terjadi ketika umat islam bergembira dengan kedatangan bulan ramdhan... 
tahun ni masuk tahun kedua raya tanpa dia disisinya..tiada lagi perancangan untuk beli baju rya..
duit raya..kalau x dia laa yang paling excited cakap pasal raya..
masih ada destinasi yang kami ingin pergi sama2...insyaallah akan aku sempurnakan semua itu..walaupun lmbat..
sekarang pergi kerja dia dah x ambik dan hantar macam dulu-dulu..
kenangan tetap tinggal kenangan... perlu telan sedikit demi sedikit keperitan yang pernah alami...
kemunculan dia dalam hidup akan tersemat dalam hati sampai bila-bila..
hati dah tertutup rapat untuk insan lain..
insyallah tiba raya...pusaranya menjadi tempat utama untuk dituju......
dipusaranya tempat untuk meluahkan segala cerita....